Pantang Larang Bekam


Mereka yang hendak berbekam dinasihatkan tidak makan makanan berat dua jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sehari sebelum temujanji bekam. ( Tidak Wajib tetapi Seelok-eloknya )
Anda juga dinasihatkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam selama 2 jam.

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah yang serius, pesakit kudis, wanita hamil 3 bulan pertama, orang tua yang terlalu uzur, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.



Comments

Popular posts from this blog

Pusat Rawatan Islam BaitusSyifa' : JOHOR (KULAI)

Apa itu Bekam ?

Rawatan bekam klinikal Gelang patah,Kulai,Skudai