Rawatan Ruqyah Syar'iyyah

Membanteras masalah gangguan makhluk halus dan penyakit zahir/batin. Kaedah rawatan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan amalan Salafussoleh.

Bekam Sunnah

Bekam Sunnah ialah warisan perubatan Rasulullah SAW yang mampu menyembuhkan 76 penyakit klinikal termasuk sihir.

Madu HabbatusSauda Ruqyah

Madu HabbatusSauda ialah Gabungan dua penawar yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadith.

Minyak kasturi putih AsSyifa

Minyak kasturi putih AsSyifa adalah minyak wangi kasturi putih asli dari tanah arab yang telah didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran, Ayat-ayat syifa, Ayat-ayat ruqyah, Al-Muawizat, As-Maul Husna, Doa-doa syifa, Selawat Tajrijiyyah, Selawat Syifa, Istighfar, Solat Hajat dan lain-lain untuk tujuan perlindungan, hajat, penyembuhan dan rawatan islam.

Monday, 14 October 2013

Apa itu Bekam ?

Mukaddimah

Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya".

Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah/Bekam".
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

Bekam (Al Hijamah)

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.

Sabda Rasulullah SAW ;

"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"( "Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)

Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

Kebaikan Berbekam

-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam,Membantu memulihkan ketegangan urat      leher,belikat, pinggang dan urat sendi di kaki,
-Membantu mencegah kebas kaki dan membantu  meredakan serangan angin ahmar.
-Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan  peredaran darah yang tersumbat
-Membantu meringankan tubuh. Darah kotor  yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa  berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan  kabur
-Membuang darah bertoksik.
-Membuang segala gangguan makhluk halus.


Penyakit yang boleh di ubati dengan Bekam :
Migrain, Sakit Pada Kepala,Sinusitis/Alergic,Masalah Pada Mata,Kolestrol Tinggi,Masalah Angin,Masalah Sakit Gigi,Masalah Asthma/lelah dan paru paru,Batuk,Hati/Liver/Hepatitis,Pundi Hempedu,Pankreas/Diabetis, Masalah Sakit Pinggang,Masalah Lengoh Paha/Betis,Buasir,Masalah Kaki Kebas,Sakit Tumit,Masalah Sakit Jantung,Masalah senggugut/Haid, Lenguh Pada Bahu,Betis,Batukarang,Sembelit,Sakit lutut, Sakit Kepala/Jerawat Banyak,Lemah Tenaga Batin,Stroke, Masalah Buah Pinggang,SIHIR dan lain lain masalah penyakit.