Posts

Hadis tentang bekam

Pada malam aku diisra'kan aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)" Ibnu Majah & Abi Daud. Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah. Riwayat Ahmad dan Tabrani. Abu Naim dalam bukunya At Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadis marfu', "hendaklah kamu berbekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit diantaranya adalah lepra (kusta). Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, Sesiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.

Rawatan bekam klinikal Gelang patah,Kulai,Skudai

Rawatan bekam ke rumah untuk kawasan gelang patah,skudai,kulai,pasir gudang, Mengapa harus berbekam dengan kami? 1.Pengalaman selama hampir 7tahun(sejak 2013) 2.Bersih dan selamat dari jangkitan. 3.Cawan bekam pakai buang,jarum dan penutup pen bekam pakai buang. 4.Harga yang berpatutan. 5.Rawatan ke rumah anda.(jimat masa dan petrol) Klik link untuk pertanyaan/temujanji  http://www.wasap.my/+601111930857

Bolehkah jin jatuh cinta pada manusia?

Jin Asyiq Pernahkan anda mendengar ada jin yang suka pada manusia?Ya dalam rawatan ruqyah ia dipanggil gangguan jin asyiq atau dalam bahasa jawa dipanggil jin romeo 😂,ini disebabkan jin itu sudah jatuh cinta pada manusia yang dilihatnya. Kebiasaannya orang yang terkena gangguan jin asyiq ada mengalami simpton2 antaranya seperti : *Sering bermimpi melakukan persetubuhan dan ia berulang hampir setiap hari atau beberapa kali dalam sehari. *Berasa seolah2 ada seseorang di sebelahnya ketika baru bangun dari tidur *Suka menyendiri *Tidak suka atau tidak dapat melakukan hubungan suami isteri *Sulit untuk bernikah,sentiasa ada halangan. Dan ada juga jin yang gay atau lesbian kerana jin juga seperti manusia diberi ujian dan nafsu. Jadi sering2 lah membaca basmalah dalam setiap perbuatan kita,baca al muawwizat(3 qul) sebelum tidur dan yang paling penting betulkan akidah kita,bergantung dan berharap hanya pada Allah.

Tanda-tanda anda terkena gangguan jin

***Antara tanda-tanda terkena gangguan*** •  Sukar tidur di waktu malam   •Sering terkejut/ seperti disentak sesuatu ketika tidur    terutama waktu hampir terlelap mata  • Bunyi gigi ketika tidur  • Sering mimpi terjatuh dari tempat tinggi  • Sering mimpi binatang seperti ular, buaya.   •Sering mimpi ditindih sesuatu   •Sering mimpi orang yang sudah meninggal dunia   •Sering mimpi bayi atau kanak-kanak kecil   •Sering mimpi berbogel atau bertelanjang   •Mimpi paderi, salib dan gereja   •Mimpi tanah perkuburan   •Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap   •Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh  • Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik.   •Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur   •Sakit kepala berterusan tanpa sebab   •Nampak lembaga yang menakutkan (orang lain tidak nampak)  •Makanan cepat basi di rumah  •Ketumbuhan ganjil pada anggota badan  •Sakit bahagian perut tanpa sebab  •Ada bisikan yang menyuruh melakukan    maksiat  •  Istihada

Rawatan menggunakan air zam zam

Rawatan Dengan Air Zam Zam. Ertinya:air zam zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.(riwayat dari jabir,ibnu abbas,ibnu umar dan muawiyah) Kata ImamTirmizi yang dipetik dari kitab "Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam"karangan syeikh Majdi Fathi Al Sayyid.Orang yang minum air zam zam itu: * Jika dia minum untuk kenyang maka allah akan mengenyangkannye. *Jika dia minum untuk menyembuhkan penyakit maka allah akan menyembuhkannya. *Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya,maka allah akan menghilangkannya. *jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk,maka allah akan mengelokkannya.

Cara rawatan menggunakan daun bidara

Cara menggunakan daun bidara untuk tujuan rawatan gangguan jin dan sihir- ●Ambil 7helai daun bidara dan tumbuk menggunakan lesung batu sehingga hampir lumat.(baca 3qul sambil menumbuk) ●campurkan daun bidara yang telah lumat dengan air mineral ke dalam cawan. ●minum air yang telah dicampur itu sebanyak 3teguk. ●baki air campuran  dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air paip kemudian air itu dibuat mandi sebelum maghrib. ●amalkan selama 3hari berturut-turut insyaallah dapat merawat gangguan.