Bekam Sunnah


Bekam sunnah ialah warisan perubatan Rasulullah SAW yang mampu menyembuhkan 76 penyakit klinikal termasuk sihir,ia adalah satu proses pengeluaran darah kotor/toksid dari badan.Umat islam yang sihat dianjurkan berbekam sebulan sekali,bagi mereka yang berpenyakit pula dianjurkan berbekam seminggu sekali sehingga sembuh. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit".

Kebaikan Berbekam
1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 76 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Hadis mengenai Bekam

Pada malam aku diisra'kan, aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)." (Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"  "Sesiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Rawatan Islam BaitusSyifa' : JOHOR (KULAI)

Apa itu Bekam ?

Rawatan bekam klinikal Gelang patah,Kulai,Skudai